Assalamualaikum dan Selamat datang ke blog "Sharing is Caring" ruang ini direkabentuk untuk berkomunikasi serta mencambah idea secara online

Pages

Wednesday, June 20, 2012

I'M BACK

assalamualaikum.. lama giler tak wat pa per ngan blog nie.. sibuk apa pun tak tau.. tetiba ja hari nie nak buka dan 'write' lagi. student cuti hampir 2 bulan, mcm dulu-dulu gak sejak awal 2009, lecturer kena gak mai ofis. Tapi sekurang-kurangnya well prepared la nak masuk kelas sem Julai 2012 nanti. Time cuti nie banyak aktiviti ilmu yang boleh attend. Ramai kawan-kawan yang terlibat dengan infosys, wakil polimas main permainan warisan..ye la.. galah panjang, toi, congkak.. nasib baik tak dak polis sentri dan tuju kasut. Sekarang pun ada yang dok bz belatih nasyid dan bolajaring. bagi yang tak p mana-mana.. biasa la dok buat nota nak masuk kelas sem depan la..tambah sakit bagi yang dapat subjek baru...sabo je lah kawan2 yer.. INSYAALLAH BOLEH!!! chaiyok..chaiyok

Monday, December 5, 2011

Semester Break

Cuti semester untuk pelajar sahaja. Pensyarah kerja macam biasa. cuti?? harap cuti tahunan jer la, itupun kalau masih berbaki. Dalam dok sibuk marking paper final, proses markah, meeting exam jabatan..JANGAN LUPA apply cuti yang berbaki dan GCR. JTMK dah kosong. Ramai yang dah cuti. Maklum la semester baru pun dah nak bermula 18 Dis 2011...jongak pi congak mai..tak sampai 2 minggu lagi pun.. SELAMAT BERCUTI BUAT SEMUA

Wednesday, November 2, 2011

Penghujung Semester

Penghujung proses pnp kembali lagi. Tak perlu nak cerita panjang, semua pensyarah dan pelajar sedia maklum. Pensyarah mesti busy gila time nie..apa lagi..marking assessment yang menimbun atas meja, tersembunyi bawah meja...tersusun indah dalam kotak... MasyaAllah..tak tau nak cerita la... mana lagi nak memantau pelajar pergi LI, ganti kelas sebab tak habis silibus..maklum la Sesi Jun banyak sangat even yang berjalan. Konvokensyen, audit dalaman, jadi tuan rumah itu ini, kalau pensyarah tak terlibat, pelajar pulak tak boleh datang kelas. Tak menang tangan di buatnya. Minggu nie dan minggu depan ada endterm.. PB nak kena hantar. kacau-kacau..
Buat kawan-kawan kat JTMK... relaks la..tiap-tiap semester inilah 'ujian' yang Allah bagi kat kita. Esok, lusa kita cuti, raya sungguh-sungguh, jangan bawa balik bandle. selasa kita pulun balik.... SALAM AIDILADHA BUAT SEMUA..MAAF ZAHIR BATIN

Sunday, October 23, 2011

Bengkel Kolaborasi Perkongsian Ilmu Sekolah Menengah 2011

Polimas dan SMK Pulau Nyior, Jitra Kedah telah mengadakan Bengkel Kolaborasi bersama pelajar tingkatan 4 dan 5 SMK Pulau Nyior. Seramai 12 orang pensyarah JTMK meluangkan masa berkongsi ilmu dari pukul 8.30pg - 1.00 tghari. Walaupun kedatangan pelajar kurang memberangsangkan tetapi kelas berjalan penuh ceria dan lancar. Antara ilmu dan kemahiran yang dikongsi ialah membina pangkalan data menggunakan MS Access yang diterajui  oleh En Jusrorizal Fadly bin Jusoh dengan dibantu oleh Pn Fauzih, Pn  Nooraza, Pn Siti Farizah dan Cik Siti Salmah. Basic Programming ialah En. Zainal Fitri b. Mohd Zolkifli dibantu oleh Pn Syarafina, Pn Nor Aminah dan Pn Amyzah sementara Multimedia - Flash ialah Pn Nor Miza, Pn Maznah dan Pn Noorazura. Pengarah Program ialah Pn Siti Farizah. Majlis disempurnakan oleh Guru Penolong Kanan SMK Pulau Nyior dan dihadiri oleh KJ JTMK Polimas.

Sambutan guru-guru SMK Pulau Nyior terhadap bengkel ini amatlah kami semua hargai. Semoga di lain masa dan ketika kita akan berjumpa lagi dalam majlis-majlis ilmu sebegini. Sekian....

Wednesday, October 19, 2011

Kem Team Building Softskills

18 - 19 October 2011, Bertempat di Keda Resort Bendang Man, Sik Kedah. Semua Pelajar Semester 1 hadir sebagai satu syarat lulus AS101. Tahniah kepada group saya...group 5 kerana banyak kejayaan yang dicapai semalam... Jangan lupa King and Queen of the Camp dari group 5 jugak. Hebatkan... King - Adib Dip1C, very good leadership dan Akmal Adawiyah Dip1A, sangat ringan tulang...macam cik Siti kata...sesuai dengan namanya.

Apapun semuanya happening....Malam Kebudayaan menampilkan kehebatan semua pelajar bahawa walaupun kerja atau tugasan diberi saat akhir tapi masih mampu melaksanakan dengan cemerlang.. Heran juga yer...temanya sama.. Sketsa Muzikal.. tersiratnya..anda semua sehati sejiwa.... hingga jumpa lagi...chauuuuuuuu..

Sunday, October 16, 2011

INFO

Sharing and Caring direkabentuk untuk membolehkan semua pelajar dan pensyarah serta sesiapa yang berminat boleh berkomunikasi serta mencambah idea melalui ruang dalam blog ini. Tujuan blog ini adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada pelajar yang pasif di dalam kelas melibatkan diri dengan aktif secara online